The City That Never Sleeps
Fighter Hellkite for Islam insyaAllah!! <3




posted : Thursday, February 28, 2013
title : Heart Dissection. :D
Bentuk jantung.



Wa cakap lu, ini TERBAIK dari ladang punya barang!

Bahagian dalam jantung (dipotong ikut coronal plane)



Sangat seronok disect jantung ni, dapat :  
Rasa texture jantung
Potong bahagian jantung
Kenal parts jantung
Rasa aorta, segala valve & vessels





Collection [dari kiri : darah beku, valve (merah),
fats (gumpal kuning), wall of aorta]

Pericardium sac (lapisan yang protect jantung) tak berjaya untuk diambil gambar.
Pericardium sac dijumpa dari jantung saya! (bergantung nasib dapat jantung macam mana)
Overall, jantung yang Nas dapat sederhana je.
Tak besar sangat, tak kecik sangat. Just nice, alhamdulillah!!


*******


Taylor's FIS MARA Scholars - July 2012 Intake


In pursuit to become a great muslimah doctor in the future for the Ummah!
InsyaAllah~ :D




posted : Friday, July 13, 2012
title : Woody WoodDriver :p
Selam aleyküm ^_*
Moga Allah memberkati kita saat kita masih lagi menikmati segala rahmat dari-Nya.
InsyaAllah ;)

Mari bersyukur,
Agar diri tak dikata kufur,
Walau waja atau futur,
Semuanya pasti disoal di kubur. 

Tajuk kali ini agak aneh,bukan?
Bukan pada saya,of kos.
Pernah mendalami sukan Golf?
Atau orang kebanyakan mengatakannya sebagai "permainan orang kaya"?
Hakikatnya sukan ini bukanlah secara total perlu diberi diskriminasi.
Tak kira taraf apa pun boleh je main. Takde masalah. Takde equipment, boleh saja pinjam. :D

Common sense ma~




Kalau tengok secara zahirnya,mungkin orang akan memandang rendah gila sukan ni.
Sesetengah mungkin mengomel "ah,bosan r", "mahal gila 100 bola,baik gi joli enjoy", "setakat pukul bola tu,ala kacang mamak pun kalah".

Heh. Kau ingat golf ni apa?!
Aku pentagon betul orang yang ingat main golf ni sesenang menghayunkan badan.
Sukan ni paling banyak menggunakan teknik.
Dan paling penting, KESABARAN dan macam2 hinggalah aku terfikir suatu metafora dari game ni. *hewhew
Sedarkah kita, permainan ini menggambarkan kehidupan kita?
Tak sedar, takpe. Meh aku nak citer.
Kalau tak paham, buat-buat paham la.

Yang pertama, nak bagi tahu. Golf ni de 2 bahagian. 
Driving Range. Course 9 or 18 hole.
--------------------------------------------------------------------------------
Driving Range ni tuk beginner la. 
Dulu aku belajar pun kat sini.
Kat sini belajar pasal teknik, swing, steps, and absolutely tengok ability kita.
Paling jauh bola ley pergi pun 300 m. (woaahhh,hebat gila ni. aku setakat 150+ m je~)
Ha, kat sini la salu nampak orang tercampak club golf. 
Jadi jangan nak berlagak pandai sangat la. HAHA *gelak jahat.

Ibrah : Dalam kehidupan kita, mesti ada cara untuk lalui kehidupan supaya target tercapai.
Takkan kita nak bola pergi sejauh 300m tapi tenaga tuk swing kecepek macam pukul bola 1m. Tak cukup dengan tu, da la baru beginner, dah nak angkuh. Kalau kita tak ikut teknik, tak jalan der bola tu. Seyes. Ni pengalaman aku. Macam tu jugak, hidup di bumi yang fana ni. Kita ada syariat, ada sunnah. Ikut. Tak ikut totally at least kita mencuba dan berusaha. Bukan hanya memukul tee kat carpet hijau kat driving range tu je. InsyaAllah kalau kita mengejar syariatullah dan sunnatullah, kompem gi jauh la beb! Tak caya??! Heh. Baca dan hayati balik sejarah Islam, bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh ley mewujudkan batalion yang sebaik-baik tentera dan beliau sendiri sebaik-baik raja di dunia ni.

--------------------------------------------------------------------------------



Golf course pulak,
Tempat yang paling mencabar dan mungkin orang paling excited.
Hehe, kali ini aku nak curahkan segala istilah dalam golf.
Pertama, korang nak main kat sini mesti kena ada club sendiri la selalunya.
Tak kesah la Taylors Made ke, Mizuno ke, apa brand sekalipun.
Janji lengkap semua club consist of 
Wood,driver,iron [3-9],wedge,sand wedge & putter.
Ni memang kena ada la, lagi2 kalau competition. Kang pinjam orang lain, wat malu je.
Ok, pastu main golf ni rules n target dia senang je.
Just nak masukkan bola dalam lubang.
Pergh, tengok memang senang, tapi memang gila kena sabar la.
Lagi2 kalau asek masuk rough grass,
Paling rasa nak baling kayu golf masa nak kuarkan bola dari pasir.
Kadang Par 3 patutnya dapat Birdie pun susah. Sriyes mmbina jati diri yang kuat. :D
Kalau nasib ok, dapat la Birdie or Par. Kalau cam aku ni, err Bogey, Double Bogey biasa~ 
Kih3. *da lama tak main ni. hoho,xtw la jadi pe.
Tapi paling hebat, Hole-In -One. Takpun Eagle. Masyuk woo.
Aku pernah dapat HIO dengan Eagle tu, dalam game PS2 je r. HAHA.
Paling syok bila bola da masuk putting grass. Kat sini salu la tengok orang frustrated.
Mana tak ye, bola nak tak nak je masuk. Mula la ramai wat macam2 gaya.
Aha! Part paling aku tak suka, aku rasa semua player tak suka. 

Bila bola masuk kolam/air! Pastu out of bound,ntah pergi mana hilang bola. 

Haiyaa. See nampak tak bape banyak halangan??!! 


Garapan : Heh, nak masukkan hanya 1 bola ke dalam lubang. Tapi tengok bagaimana rintangan yang perlu dilalui? Boleh nampak tak metafora ye sekarang? Kalau tak nampak lagi takpe. Nak terangkan le ni. Dalam kita nak sabit segala semak dalam kehidupan kita ni, mesti la wajibul ada alat sabitnya kan? Same goes kepada kita, nak capai syurga. Apa yang kita buat? Takkan nak berjalan lenggang bagai Mak Limah balik kampung sambil ditiup angin nan bayu yang menyamankan~ Tak kesah la kita ni brand billionaire,decanaire ke *erk ade ke? or orang sefakir cikai-cikai, tapi kalau kita ni beramal nak kejar redha Dia, ya Allah datuk nenek pkck mkck abg akak adik, tak mustahil Hole In One! Hao liao! Jadinya, hidup ini benar tak bohong banyak pancaroba, duri-duri yang bakal mengancam nyawa, tapi itulah dia peranan t.a.k.w.a, yang dikatakan sebagai langkah berhati-hati dalam melalui jalan yang penuh duri. Nampak tak, betapa kita boleh tengok padang golf ini sebagai gelanggang permainannya, begitulah juga dunia ini sebagai pentas realiti kita. Kerana ada fantasi yang bakal menanti di sana, cuma yang selari dengan diimpi atau kita berlari ke diimpi. Ye, memang kena lalui ujian, dugaan dan berbagai lagi untuk capai target. Tapi berbaloi bukan? Bukankah ujian itu satu nikmat, dan nikmat itu satu ujian? Maka, kembalilah kepada fitrah. Fitrah yang ingin bertuhan Tuhan Yang Maha Esa, mahu dikasihi, tapi ironinya bilangan yang melakonkan dengan baik sebagai hamba Dia di alam realiti hanya segelintir. Adakah kita tergolong? Muhasabah bersama. Oh ya! Lupa satu benda. Dalam golf ni juga ada caddy, yang tolong kita. Kita boleh umpamakan caddy ni sebagai sahabat dalam hidup ini serta orang yang tersayang. Kenapa? Sebab kalau caddy ni salah bagi tips dan salah bagi club, si player mungkin akan kecewa kerana telah ke belakang. Siapa tidak mahu berada di kedudukan teratas dalam pertandingan bukan?


Perjuangan mesti diteruskan! Dugaan boleh dtg dalam mcm cara ;)

So, what's life means to you?
Is it for you or Him?
Find Him, and you'll find both of eternal happiness.
Chill out. Give more. Gain less.
Don't obese yourself with sins and vice.
Repent and preach, young people!
May Allah give us the rewards One Day.

posted : Friday, June 1, 2012
title : Sangsi dengan Fantasi?
Mengejar realiti, membawa fantasi.

Paham dak?
Kadang orang cakap, "ala, ni fantasi semata-mata"
Dulu pernah la fikir macam tu.
Tapi bila kematangan fikrah bercambah mula pemprosesan data baru.
Macam ni lah, nak masuk syurga kan realiti ke fantasi?
Mestilah fantasi, sebab tu kita kena bawa pemikiran fantasi dalam dunia realiti kita.
Barulah tak tersasar dan seimbang, rite?
Aku frankly speaking memang nak ceburi banyak bidang.
Kadang bila renung balik cam mustahil pun ade jugak.
Tapi aku percaya berkat azam, usaha dan pergantungan kepada-Nya 
InsyaAllah tiada yang mustahil.


INSPIRATION & PRINCIPIUM !

Bila rasa payah, kena redah!
Bila langkah diatur, jangan berundur!
Bila tersurat takdir, 'Alhamdulillah' jangan dikikir!
Bila rasa 'Kosong', jangan sombong!



Kalau muka kerepot usia dah lanjut,
Dalam hati berkobar nak tolong Islam,
Muda sungguh jiwanya, untunglah.
*moga kita dalam golongan ini. thabatkanlah kami ya Allah

Tapi...

Sedarlah pemudi nadi agama,
Kalau harap muka nak cantik cun gojes je,
Dalam hati tak pernah fikir pasal Islam,
Toksah cerita la, tu makna jiwa dah kerepot nak mampuih.

Ye, aku tahu aku perlu lebih banyak perbaiki diri.
Takut jadi fitnah kepada agama sendiri.
=.=
Tiada manusia sempurna.
Bak kata sahabat aku,

Kalau budak masuk bilik kaunseling, sebab dia budak nakal.
Same goes to
'Aku masuk tarbiyah, sebab aku jahat'

Korang faham tak aku nak cakap ape ni?
Banyak sangat isinya. Da bercampur-campur dah. HAHA
Walhasil (penanda wacana ni lama tak guna) :

 1. Realiti & Fantasi, not Realiti vs Fantasi
2. Melangkah walaupun payah
3. Kita ke buruh binaan untuk bangunkan semula bangunan Islam yang usang seperti Imam Hasan Al-Banna nak cari?
4. Nak ubah diri, jangan sombong diri.

Hangpa sume dah besar.
Pandai fikir mana baik buruk.
Yela, nak pakai baju pun pandai matching2 kan.
Kita bukan tak tahu, cuma manusia standard la an-nisyan kan.
HOHO. Peringatan buat diri ini juga.
Nastaghfirullah.~

repentance the best solution.

posted : Saturday, May 19, 2012
title : IsiKandungan.Hitam.Putih
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.
Wahai sekalian makhluk Allah yang membaca.
Jawab la salam, tahu kan hukumnya?
HEHE ;)
-------------------------------------------------------------
Subhanallah.
Perkataan tu sahaja yang berkali-kali aku ucapkan di sana.
Masakan tidak, aku tidak percaya.
Impian ku yang ku ucap dalam bait doaku sehinggalah...
Hatiku tergerak untuk meletakkan impian ku di dalam secebis karya ku yang tak seberapa.

Pada ketika aku berkarya, hati ku kuat sangat. 
Terlalu kuat nak ke sana.
Maka ku gali tanah-tanah Images di Google.
Kemudian, aku tanamkan dalam Photoshop.
Buat tatapan serta ku ukirkan impian aku serta seluruh Muslim di dalam Al-Imtiyaz

ni la dia. tak cantik pun kan, tapi dalam hati aku sangat cantik sebab ada Masjidil Haram.


Saat itu aku takkan lupa.
Ketika gegendang telinga ku menyahut panggilan ayah memberitahu hasrat nenekku untuk ke umrah bersama kami bakal tertunai.
Pada waktu itu perasaan ku bercampur-baur.
Sumpah tak tipu waktu mula-mula tak boleh nak menerima hakikat.
Hakikat bahawa hasrat aku untuk menyertai program yang aku kendali terhenti di situ.
Ya, aku tahu mungkin kau akan cakap,
"ape la kau ni,dah dapat peluang pergi tanah suci pun nak tolak"
...
Tapi mungkin kamu dan kamu tak paham apa aku rasa.

Pemergian aku ke sana banyak membuat aku berkorban.
Pengorbanan tu semua tahu perit kan, tapi
Aku yakin janji Allah itu benar.
Aku terpaksa lepaskan tanggungjawab kepada orang.
Aku terpaksa mengorbankan hasrat hati sendiri.
Aku juga terpaksa berkorban masa depan sendiri.

Syukur. Alhamdulillah.
Cuti panjang ini mengajar aku untuk lebih thiqah kepada-Nya.
Tika aku ingin sekali melanjutkan pelajaran ke luar sana,
Allah tahu mungkin bukan itu tempat buatku.
Cuti ini mengajar aku banyak erti syukur dan redha.
Walau aku tahu pengalaman aku tak sama seperti mereka.
Tapi aku yakin Allah nak bagi pengalaman lebih baik buat diri yang sering lalai ini.

Berpijak ke Bumi Suci yang mempunyai rahmat yang MasyaAllah sangat luas.
Tak tahu nak diungkap dengan apa.
Rasa dan perisa yang sebati seperti 
Kemesraan hubungan hamba dan Tuannya,Allah.
Aku tahu aku banyak berkorban dan ini mungkin hadiahnya.
Aku tak pernah menyesal kerana aku tahu ia satu nikmat.
Ujian itu satu nikmat, bukan?

Moga itu bukan kali terakhir ke sana.
Dan sekiranya itu kali yang terakhir, jadikanlah Jannah pengganti buatku.
Berikanlah aku peluang ke sana berulang-ulang kali bersama nikmat kesihatan, masa lapang dan harta.
InsyaAllah.

Doaku mengiringi kamu semua wahai sahabatku.
Berdoalah untuk menjadi dhuyufurRahman ke sana.
Moga hajat kita diberi jawapan gembira.
Kalau bukan di dunia, InsyaAllah di akhirat sana.

RINDU KU SENTIASA DI KALBU UNTUKMU.
.sob3.

Masjid Al-Haram


Jabal Rahmah


Masjid Nabawi, Makam Rasulullah, Raudhah.


Baitullah.

posted : Friday, March 2, 2012
title : Fitrah. Fitnah.
السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Bukan kepakaranku bercakap mengenai agama.
Tapi kukira tak salah berkongsi cerita.
Lirikan mataku sering meronta-ronta.
Dunia luar datang menerpa setelah masa bekerja berakhir seketika.
Otot silia mengendur dan lensaku menipis, mengakibatkan aku dapat melihat jauh ke sana.

2 jejaka sedang menghantar pakaian mereka di kedai dobi berdekatan.
Nakalnya aku, jejaka yang terpampang agak kacak itu aku terpaku.
*eceh bajet je aku ni. biasa je pun~
Tinggi pass,wajah pass. Tettt!!!
Puntung kat tangan dan berselang-seli di mulut pula fail.
Hatiku sedih,tetiba memikirkan alangkah ruginya lelaki sebegitu.
Satu persoalan yang aku terapungkan di benak fikiran.
Lelaki menyedut asap 'puntung haram' itu fitrah atau fitnah masa kini??
Aku fikir, agaknya bakal suami aku pernah merokok juga ke?
Sebak sangat hati ni. Rugi kepada kaum wanita yang menjadi mangsa.
Maka,aku pun pergilah berenang dalam lautan pencarian tentang ini.

FITRAH VS FITNAH.

Pada aku perbuatan ni semestinya bukan fitrah. Sama sekali tidak.
Mengikut kefahaman PSI aku yang sangat cetek ni,
bolehlah disimpulkan bahawa fitrah ini naluri semulajadi.
Kalau begitu mesti semua orang akan ada keinginan untuk menghisap bahan2 kimia ni.
Tapi masalahnya bukan semua orang ada keinginan.
Hasil pemerhatian kasar aku MAJORITI lelaki dan MINORITI perempuan terjebak.
Of course, FITRAH I have to cancel it out ~



FITNAH.
Setelah ku renangi lautan Google.
Jenis-jenis fitnah.
Takku sangka fitnah ni banyak juga, sebab setahu aku yang masih agak cetek ilmu ini,
perempuan fitnah terbesar. 
Aku sebelum mempunyai pemikiran fitnah yang sempit rupanya.
Malah maknanya pun aku tidak dalami terlebih dahulu.
الفتنة  =  ada banyak maknanya
Dari AQ maksudnya syirik, seksa, dosa, kekufuran, sesat, gila, berpaling kebenaran.
Dari Hadis pula banyak lagi.
Yang menarik hatiku adalah yang satu ini

ولقد فتنا الذين من قبلهم
“Dan sesungguhnya kami telah menguji ummat yang terdahulu.” (3 : al-Ankabut)

Ujian atau cubaan.
Ya,itulah jawapan disebalik persoalan aku.
Memang benar fitnah ini banyak. Tapi seperti semua tahu wanitalah fitnah terbesar.
Tapi tak bermakna lelaki pun tiada. 
Fitnah meminum arak,merokok, bahkan harta dan hiburan itu sendiri fitnah.
Apa yang dikatakan fitnah? 
Kerana semua itu ujian dan mempengaruhi kita jauh dari mengingati Allah.

Tak percaya?
Marilah kita terjah info ini --> Jenis-jenis fitnah

Asif jiddan andai apa dikongsi sekadar cebisan yang tak menarik.
Aku juga sedang mencari ilmu buat peneman akal nurani.
Ilham ini semuanya datang dari-Nya. 
Sekian, wassalam.



posted : Monday, February 6, 2012
title : Epilog Silam.
Salam.
Moga rintihan dipantul butir-2 jernih tadi mengalir bersama rahmat dan rezeki dari-Nya yang turun membanjiri segenap kawasan di 'Alam Kambing' ini.

Dek sering menatap ratapan adik-adik terhadap penghijrahan saudara-2 mereka,
Aku juga mendengar bisikan-2 hati mereka yang masih tertutup bagi menjemput rakan baru dalam kamus hidup mereka.
Berdosa ku kira,jika aku menafikan yang aku langsung tidak pernah merasakan seruan 'jahat' itu ketika masih bergelar pelajar tingkatan 4.
Sekadar hanya berkongsi pengalaman hidup yang tidaklah semanis kurma tapi bermakna.


Tahun 2010.
Aku membelek memory card tahun 2010 yang berat buatku di benak fikiran seketika tadi.
Waktu kaca hati aku ini hampir sahaja berkecai saat sudah 20+ rakanku seakan-akanmengibarkan bendera merah tanda meninggalkan kami di medan perang USJ5.
Bertambah retak, detik mengetahui sahabat sekelas dan rapat denganku dilemma mahu berpindah.
Bebanan yang terpikul di bahu juga bermula pada tahun ini,dan ditakdirkan tugasan kedua tahun ini adalah dengan mengendali pendaftaran rakan-rakan kami.
Walhal,waktu itu hati kami memang tak ubah seperti perasaan adik-adik kami kini.
Benar tak bohong.
Aku lah yang mendaftarkan 2 orang 'budak baru' di kelas ku.
Kecoh aku sebarkan berita kepada classmate yang lain. Mereka lagi emosi dari aku!
Kami buat tak endah je mereka. Sehingga...
Satu ketika waktu aku masih bersedih kerana sahabat baikku yang aku selalu berkelahi dengannya hendak meninggalkan aku.
Bakal peguam syariah(menjadi NPRS akhirnya) ini lah yang telah merubah pemikiran aku. Hanya dia yang semangat pergi bercerita dengan budak 2 orang tu.Kebetulan juga aku di situ.
2 orang itu menceritakan keadaan mereka di sekolah lama,dan si sahabat aku yang mulut macam Nuri ni pun layan la,dah hobi dia kan.
Aku dengar je dengan muka yang toya. Sehingga mereka berpendapat cara kehidupan di SamBest sangat berbeza nak dibandingkan dengan sekolah lama mereka.
Bi'ah di SAMBEST jauh lebih solehah dari mereka dan membuatkan mereka tidak biasa dengan suasana di sini.
Alhamdulillah,dari situ aku baru sedar sesuatu. Bahawa kami pelajar SamBest lah yang perlu membawa kenyataan bi'ah yang mereka katakan itu disamping menaikkannya.

Walaupun sejujurnya aku katakan,pada awalnya kami agak anti dengan budak baru khasnya kelas Kindi. HAHA ;) [Tu dulu ye.Lawak bila terkenangkan balik]
Dan kami budak-budak kelas belakang lagi-lagi sebelah tandas itu tak pernah menjejak kaki di Biruni kerana ramainya 'budak baru dan baik-2'.
Jurang antara kami sangat berbeza. Jauh berbeza.
Sehingga berlaku konflik dalam perjumpaan. Tapi SATU keputusan yang rasional diwujudkan untuk memecahkan tembok keegoan kami semua.
"Mulai sekarang tiada lagi istilah 'BUDAK LAMA' dan 'BUDAK BARU' " !
Full Stop !
Kami mula menyesuaikan diri kerana memikirkan kemaslahatan akan datang walau hati meronta masih mengatakan tidak. 
Akhirnya,buat aku personally mula bertegur sapa dengan mereka ketika akhir tahun.

Sesungguhnya Islam takkan kuat tanpa jemaah.
Biarlah kita berjemaah dengan ukhuwah fillah demi kekuatan Islam
.


Pada penghujung 2010 itu jugalah,aku menghadapi krisis dan kesulitan sebagai seorang yang diberi tanggungjawab. [kita semua takkan lupa kan malam tu?!]
Tapi,baru ku tahu inilah apa yang dikatakan 
manis selepas pahit yang terpaksa ku telan.
Mereka semua 'tiada baru dan lama' inilah yang membangkitkan hati yang aku katakan sejujurnya hancur dan luluh terhadap tuduhan yang dilemparkan.
Mereka juga sama-2 merasakan dan melalui kepahitan yang terasa sangat perih jerih kelat masam dan masin walau kami tidaklah serapat mana.
Baru aku tahu apa itu erti kehidupan bersama teman yang ada ku kenali selama hampir 4 tahun dan 1 tahun menyokong aku tak kira masa.
ALHAMDULILLAH !! 

Dan tahun 2010 melabuhkan tirai dan 2011 menyapa kami.
Sepanjang itu aku pasti ramai yang baru bertegur sapa antara yang baru dan lama.
Ya, IRONInya kami seteguh bangunan yang dibina atas ukhuwah fillah berkat segenggam tabah kami.
2011 ini jugalah yang membongkar satu perkara yang membuatkan mereka tidak bertegur dengan aku,mereka berkata aku ni GARANG. (gelak guling-guling aku !) 
Sehingga sekarang,aku tak menyesal malah takkan pernah serta aku amat bersyukur dikurniakan sahabat-2 yang sering saling mengingatkan tentang ukhrawi adapun duniawi.
Subhanallah,inilah rahmat-Nya ! 
Kami sama-2 menambah lapisan bi'ah yang mampu mentarbiyah produk SamBestari.

Indahnya hidup berukhuwah kerana Allah !

Kuncinya hanya satu, 
Andai kita letakkan Allah dalam setiap persahabatan, pasti kita tiada alasan untuk menerima dan diterima.
Maka ingatlah ayat cinta-Nya dalam surah Al-Baqarah:216.


# maaf andai entry ini seperti karangan,almaklumlah lepasan spm da lama tak buat karangan
; )
Andai ia datang,biarkan ia pergi kerna itu KEHIDUPAN.

# buat adik-adik ini hanya coretan buat renungan bersama.
# buat rakan-rakan,maaf andai terasa di mana-2 bahagian tapi persoalan ye bukan dulu tapi sekarang dan akan datang,bukan? Moga Allah memberkati ukhuwah kita ini.

posted : Saturday, January 28, 2012
title : Reserved.
Maaf.
Kenapa?
Rasa bersalah.
Bersalah kat sape?
Semua orang yang tiada kesalahan.

Ermm..
Maaf andai diriku tak pandai menukil walaupun secebis post di entry ini.
Kerana aku tahu kemampuanku.
Bukan dilanda kemarau kata-kata atau idea,
namun aku tahu aku seorang self-contained.
*Everything in this heart and mind.
Aku bukan berkarya macam orang lain.
Semestinya bukan dengan tinta dan pena, apatah lagi bersama pensel dan buku lakaran.
Karya berbeza dari orang lain.
Berkarya dan berkhayal di minda dan hati.

Hati ?.
Novel karyaan aku sudah termaktub di nurani ini.
Popularitinya hanya dalam jasad kurniaan-Nya ini sahaja.
Mungkin kerana itu aku lebih selesa.
Bukan niat tak mahu berkongsi cerita, tapi kemampuanku aku tahu di mana.
Ye benar. Aku seorang yang abstrak.
Pada aku,bukan semua yang boleh diperkatakan.
Kerana sesuatu itu sangat abstrak.
Dengan pemerhatian itu jugalah orang mengenali diriku yang sebenar.
DALAM HATI ADA TAMAN. ;)
Taman apa pun tak pasti. Adakah seperti Taman Astakona atau Taman Rasyidah yang disukai ramai??
Tapi aku pasti Taman aku hanya Allah yang mengerti.
Kerana pada-Nya sahaja aku lega mencurahkan segalanya. Sangat lega !
Pada aku, keabstrakan aku yang diperkatakan kebanyakan rakan-2 itu satu kepelikan.
Tapi sebenarnya itu satu rahmat Tuhan Yang Esa.
Keunikan yang tidak semua orang ada.

Aku pasti setiap orang ada kelemahan dan kelebihan, tapi aku perlu menjadikan kelemahan itu satu kebaikan buat diriku seiring kelebihan.

Maaf sekali andai madah diri ini menyakiti sesiapa.
Aku bukan duri tapi makhluk-Nya yang hakiki.
Mungkin madah bicara aku dilihat meraban tak semena-mena.
Tapi itulah luahan penjara hati yang sukar diluah dengan sesuatu yang mudah.

.Hati.Akal.Musik.Filem.Fotografi.
Aku bukan engkau, tapi engkau memang bukan aku.
Aku adalah saya,saya adalah ana,ana adalah insan,insan adalah biasa.
Biasa itu Farah Najihah.

Izinkan huruf di entry ini berkurangan saat ini.
Kerana ku ingin mengundur diri.
Semoga nukilan kata memberi penjelasan hakiki.
Tentang diri yang kesepian dari entry selama ini.