
posted : Saturday, January 28, 2012
title : Reserved.
Maaf.
Kenapa?
Rasa bersalah.
Bersalah kat sape?
Semua orang yang tiada kesalahan.
Ermm..
Maaf andai diriku tak pandai menukil walaupun secebis post di entry ini.
Kerana aku tahu kemampuanku.
Bukan dilanda kemarau kata-kata atau idea,
namun aku tahu aku seorang self-contained.
*Everything in this heart and mind.
Aku bukan berkarya macam orang lain.
Semestinya bukan dengan tinta dan pena, apatah lagi bersama pensel dan buku lakaran.
Karya berbeza dari orang lain.
Berkarya dan berkhayal di minda dan hati.
Hati ?.
Novel karyaan aku sudah termaktub di nurani ini.
Popularitinya hanya dalam jasad kurniaan-Nya ini sahaja.
Mungkin kerana itu aku lebih selesa.
Bukan niat tak mahu berkongsi cerita, tapi kemampuanku aku tahu di mana.
Ye benar. Aku seorang yang abstrak.
Pada aku,bukan semua yang boleh diperkatakan.
Kerana sesuatu itu sangat abstrak.
Dengan pemerhatian itu jugalah orang mengenali diriku yang sebenar.
DALAM HATI ADA TAMAN. ;)
Taman apa pun tak pasti. Adakah seperti
Tapi aku pasti Taman aku hanya Allah yang mengerti.
Kerana pada-Nya sahaja aku lega mencurahkan segalanya. Sangat lega !
Pada aku, keabstrakan aku yang diperkatakan kebanyakan rakan-2 itu satu kepelikan.
Tapi sebenarnya itu satu rahmat Tuhan Yang Esa.
Keunikan yang tidak semua orang ada.
Aku pasti setiap orang ada kelemahan dan kelebihan, tapi aku perlu menjadikan kelemahan itu satu kebaikan buat diriku seiring kelebihan.
Maaf sekali andai madah diri ini menyakiti sesiapa.
Aku bukan duri tapi makhluk-Nya yang hakiki.
Mungkin madah bicara aku dilihat meraban tak semena-mena.
Tapi itulah luahan penjara hati yang sukar diluah dengan sesuatu yang mudah.
.Hati.Akal.Musik.Filem.Fotografi.
Aku bukan engkau, tapi engkau memang bukan aku.
Aku adalah saya,saya adalah ana,ana adalah insan,insan adalah biasa.
Biasa itu Farah Najihah.
Izinkan huruf di entry ini berkurangan saat ini.
Kerana ku ingin mengundur diri.
Semoga nukilan kata memberi penjelasan hakiki.
Tentang diri yang kesepian dari entry selama ini.
|