title : Epilog Silam.
Salam.
Moga rintihan dipantul butir-2 jernih tadi mengalir bersama rahmat dan rezeki dari-Nya yang turun membanjiri segenap kawasan di 'Alam Kambing' ini.
Dek sering menatap ratapan adik-adik terhadap penghijrahan saudara-2 mereka,
Aku juga mendengar bisikan-2 hati mereka yang masih tertutup bagi menjemput rakan baru dalam kamus hidup mereka.
Berdosa ku kira,jika aku menafikan yang aku langsung tidak pernah merasakan seruan 'jahat' itu ketika masih bergelar pelajar tingkatan 4.
Sekadar hanya berkongsi pengalaman hidup yang tidaklah semanis kurma tapi bermakna.
Tahun 2010.
Aku membelek memory card tahun 2010 yang berat buatku di benak fikiran seketika tadi.
Waktu kaca hati aku ini hampir sahaja berkecai saat sudah 20+ rakanku seakan-akanmengibarkan bendera merah tanda meninggalkan kami di medan perang USJ5.
Bertambah retak, detik mengetahui sahabat sekelas dan rapat denganku dilemma mahu berpindah.
Bebanan yang terpikul di bahu juga bermula pada tahun ini,dan ditakdirkan tugasan kedua tahun ini adalah dengan mengendali pendaftaran rakan-rakan kami.
Walhal,waktu itu hati kami memang tak ubah seperti perasaan adik-adik kami kini.
Benar tak bohong.
Aku lah yang mendaftarkan 2 orang 'budak baru' di kelas ku.
Kecoh aku sebarkan berita kepada classmate yang lain. Mereka lagi emosi dari aku!
Kami buat tak endah je mereka. Sehingga...
Satu ketika waktu aku masih bersedih kerana sahabat baikku yang aku selalu berkelahi dengannya hendak meninggalkan aku.
Bakal peguam syariah(menjadi NPRS akhirnya) ini lah yang telah merubah pemikiran aku. Hanya dia yang semangat pergi bercerita dengan budak 2 orang tu.Kebetulan juga aku di situ.
2 orang itu menceritakan keadaan mereka di sekolah lama,dan si sahabat aku yang mulut macam Nuri ni pun layan la,dah hobi dia kan.
Aku dengar je dengan muka yang toya. Sehingga mereka berpendapat cara kehidupan di SamBest sangat berbeza nak dibandingkan dengan sekolah lama mereka.
Bi'ah di SAMBEST jauh lebih solehah dari mereka dan membuatkan mereka tidak biasa dengan suasana di sini.
Alhamdulillah,dari situ aku baru sedar sesuatu. Bahawa kami pelajar SamBest lah yang perlu membawa kenyataan bi'ah yang mereka katakan itu disamping menaikkannya.
Walaupun sejujurnya aku katakan,pada awalnya kami agak anti dengan budak baru khasnya kelas Kindi. HAHA ;) [Tu dulu ye.Lawak bila terkenangkan balik]
Dan kami budak-budak kelas belakang lagi-lagi sebelah tandas itu tak pernah menjejak kaki di Biruni kerana ramainya 'budak baru dan baik-2'.
Jurang antara kami sangat berbeza. Jauh berbeza.
Sehingga berlaku konflik dalam perjumpaan. Tapi SATU keputusan yang rasional diwujudkan untuk memecahkan tembok keegoan kami semua.
"Mulai sekarang tiada lagi istilah 'BUDAK LAMA' dan 'BUDAK BARU' " !
Full Stop !
Kami mula menyesuaikan diri kerana memikirkan kemaslahatan akan datang walau hati meronta masih mengatakan tidak.
Akhirnya,buat aku personally mula bertegur sapa dengan mereka ketika akhir tahun.
 |
Sesungguhnya Islam takkan kuat tanpa jemaah. Biarlah kita berjemaah dengan ukhuwah fillah demi kekuatan Islam.
|
Pada penghujung 2010 itu jugalah,aku menghadapi krisis dan kesulitan sebagai seorang yang diberi tanggungjawab. [kita semua takkan lupa kan malam tu?!]
Tapi,baru ku tahu inilah apa yang dikatakan
manis selepas pahit yang terpaksa ku telan.
Mereka semua 'tiada baru dan lama' inilah yang membangkitkan hati yang aku katakan sejujurnya hancur dan luluh terhadap tuduhan yang dilemparkan.
Mereka juga sama-2 merasakan dan melalui kepahitan yang terasa sangat perih jerih kelat masam dan masin walau kami tidaklah serapat mana.
Baru aku tahu apa itu erti kehidupan bersama teman yang ada ku kenali selama hampir 4 tahun dan 1 tahun menyokong aku tak kira masa.
ALHAMDULILLAH !!
Dan tahun 2010 melabuhkan tirai dan 2011 menyapa kami.
Sepanjang itu aku pasti ramai yang baru bertegur sapa antara yang baru dan lama.
Ya, IRONInya kami seteguh bangunan yang dibina atas ukhuwah fillah berkat segenggam tabah kami.
2011 ini jugalah yang membongkar satu perkara yang membuatkan mereka tidak bertegur dengan aku,mereka berkata aku ni GARANG. (gelak guling-guling aku !)
Sehingga sekarang,aku tak menyesal malah takkan pernah serta aku amat bersyukur dikurniakan sahabat-2 yang sering saling mengingatkan tentang ukhrawi adapun duniawi.
Subhanallah,inilah rahmat-Nya !
Kami sama-2 menambah lapisan bi'ah yang mampu mentarbiyah produk SamBestari.
Indahnya hidup berukhuwah kerana Allah !
Kuncinya hanya satu,
Andai kita letakkan Allah dalam setiap persahabatan, pasti kita tiada alasan untuk menerima dan diterima.
Maka ingatlah ayat cinta-Nya dalam surah Al-Baqarah:216.
# maaf andai entry ini seperti karangan,almaklumlah lepasan spm da lama tak buat karangan
; )
 |
Andai ia datang,biarkan ia pergi kerna itu KEHIDUPAN.
|
# buat adik-adik ini hanya coretan buat renungan bersama.
# buat rakan-rakan,maaf andai terasa di mana-2 bahagian tapi persoalan ye bukan dulu tapi sekarang dan akan datang,bukan? Moga Allah memberkati ukhuwah kita ini.