The City That Never Sleeps
Fighter Hellkite for Islam insyaAllah!! <3




posted : Friday, March 2, 2012
title : Fitrah. Fitnah.
السلام عليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Bukan kepakaranku bercakap mengenai agama.
Tapi kukira tak salah berkongsi cerita.
Lirikan mataku sering meronta-ronta.
Dunia luar datang menerpa setelah masa bekerja berakhir seketika.
Otot silia mengendur dan lensaku menipis, mengakibatkan aku dapat melihat jauh ke sana.

2 jejaka sedang menghantar pakaian mereka di kedai dobi berdekatan.
Nakalnya aku, jejaka yang terpampang agak kacak itu aku terpaku.
*eceh bajet je aku ni. biasa je pun~
Tinggi pass,wajah pass. Tettt!!!
Puntung kat tangan dan berselang-seli di mulut pula fail.
Hatiku sedih,tetiba memikirkan alangkah ruginya lelaki sebegitu.
Satu persoalan yang aku terapungkan di benak fikiran.
Lelaki menyedut asap 'puntung haram' itu fitrah atau fitnah masa kini??
Aku fikir, agaknya bakal suami aku pernah merokok juga ke?
Sebak sangat hati ni. Rugi kepada kaum wanita yang menjadi mangsa.
Maka,aku pun pergilah berenang dalam lautan pencarian tentang ini.

FITRAH VS FITNAH.

Pada aku perbuatan ni semestinya bukan fitrah. Sama sekali tidak.
Mengikut kefahaman PSI aku yang sangat cetek ni,
bolehlah disimpulkan bahawa fitrah ini naluri semulajadi.
Kalau begitu mesti semua orang akan ada keinginan untuk menghisap bahan2 kimia ni.
Tapi masalahnya bukan semua orang ada keinginan.
Hasil pemerhatian kasar aku MAJORITI lelaki dan MINORITI perempuan terjebak.
Of course, FITRAH I have to cancel it out ~



FITNAH.
Setelah ku renangi lautan Google.
Jenis-jenis fitnah.
Takku sangka fitnah ni banyak juga, sebab setahu aku yang masih agak cetek ilmu ini,
perempuan fitnah terbesar. 
Aku sebelum mempunyai pemikiran fitnah yang sempit rupanya.
Malah maknanya pun aku tidak dalami terlebih dahulu.
الفتنة  =  ada banyak maknanya
Dari AQ maksudnya syirik, seksa, dosa, kekufuran, sesat, gila, berpaling kebenaran.
Dari Hadis pula banyak lagi.
Yang menarik hatiku adalah yang satu ini

ولقد فتنا الذين من قبلهم
“Dan sesungguhnya kami telah menguji ummat yang terdahulu.” (3 : al-Ankabut)

Ujian atau cubaan.
Ya,itulah jawapan disebalik persoalan aku.
Memang benar fitnah ini banyak. Tapi seperti semua tahu wanitalah fitnah terbesar.
Tapi tak bermakna lelaki pun tiada. 
Fitnah meminum arak,merokok, bahkan harta dan hiburan itu sendiri fitnah.
Apa yang dikatakan fitnah? 
Kerana semua itu ujian dan mempengaruhi kita jauh dari mengingati Allah.

Tak percaya?
Marilah kita terjah info ini --> Jenis-jenis fitnah

Asif jiddan andai apa dikongsi sekadar cebisan yang tak menarik.
Aku juga sedang mencari ilmu buat peneman akal nurani.
Ilham ini semuanya datang dari-Nya. 
Sekian, wassalam.