The City That Never Sleeps
Fighter Hellkite for Islam insyaAllah!! <3




posted : Saturday, May 19, 2012
title : IsiKandungan.Hitam.Putih
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.
Wahai sekalian makhluk Allah yang membaca.
Jawab la salam, tahu kan hukumnya?
HEHE ;)
-------------------------------------------------------------
Subhanallah.
Perkataan tu sahaja yang berkali-kali aku ucapkan di sana.
Masakan tidak, aku tidak percaya.
Impian ku yang ku ucap dalam bait doaku sehinggalah...
Hatiku tergerak untuk meletakkan impian ku di dalam secebis karya ku yang tak seberapa.

Pada ketika aku berkarya, hati ku kuat sangat. 
Terlalu kuat nak ke sana.
Maka ku gali tanah-tanah Images di Google.
Kemudian, aku tanamkan dalam Photoshop.
Buat tatapan serta ku ukirkan impian aku serta seluruh Muslim di dalam Al-Imtiyaz

ni la dia. tak cantik pun kan, tapi dalam hati aku sangat cantik sebab ada Masjidil Haram.


Saat itu aku takkan lupa.
Ketika gegendang telinga ku menyahut panggilan ayah memberitahu hasrat nenekku untuk ke umrah bersama kami bakal tertunai.
Pada waktu itu perasaan ku bercampur-baur.
Sumpah tak tipu waktu mula-mula tak boleh nak menerima hakikat.
Hakikat bahawa hasrat aku untuk menyertai program yang aku kendali terhenti di situ.
Ya, aku tahu mungkin kau akan cakap,
"ape la kau ni,dah dapat peluang pergi tanah suci pun nak tolak"
...
Tapi mungkin kamu dan kamu tak paham apa aku rasa.

Pemergian aku ke sana banyak membuat aku berkorban.
Pengorbanan tu semua tahu perit kan, tapi
Aku yakin janji Allah itu benar.
Aku terpaksa lepaskan tanggungjawab kepada orang.
Aku terpaksa mengorbankan hasrat hati sendiri.
Aku juga terpaksa berkorban masa depan sendiri.

Syukur. Alhamdulillah.
Cuti panjang ini mengajar aku untuk lebih thiqah kepada-Nya.
Tika aku ingin sekali melanjutkan pelajaran ke luar sana,
Allah tahu mungkin bukan itu tempat buatku.
Cuti ini mengajar aku banyak erti syukur dan redha.
Walau aku tahu pengalaman aku tak sama seperti mereka.
Tapi aku yakin Allah nak bagi pengalaman lebih baik buat diri yang sering lalai ini.

Berpijak ke Bumi Suci yang mempunyai rahmat yang MasyaAllah sangat luas.
Tak tahu nak diungkap dengan apa.
Rasa dan perisa yang sebati seperti 
Kemesraan hubungan hamba dan Tuannya,Allah.
Aku tahu aku banyak berkorban dan ini mungkin hadiahnya.
Aku tak pernah menyesal kerana aku tahu ia satu nikmat.
Ujian itu satu nikmat, bukan?

Moga itu bukan kali terakhir ke sana.
Dan sekiranya itu kali yang terakhir, jadikanlah Jannah pengganti buatku.
Berikanlah aku peluang ke sana berulang-ulang kali bersama nikmat kesihatan, masa lapang dan harta.
InsyaAllah.

Doaku mengiringi kamu semua wahai sahabatku.
Berdoalah untuk menjadi dhuyufurRahman ke sana.
Moga hajat kita diberi jawapan gembira.
Kalau bukan di dunia, InsyaAllah di akhirat sana.

RINDU KU SENTIASA DI KALBU UNTUKMU.
.sob3.

Masjid Al-Haram


Jabal Rahmah


Masjid Nabawi, Makam Rasulullah, Raudhah.


Baitullah.