Fighter Hellkite for Islam insyaAllah!! <3
Fighter Hellkite for Islam insyaAllah!! <3
|
posted : Friday, July 13, 2012
title : Woody WoodDriver :p
Selam aleyküm ^_*
Moga Allah memberkati kita saat kita masih lagi menikmati segala rahmat dari-Nya.
InsyaAllah ;)
Mari bersyukur,
Agar diri tak dikata kufur,
Walau waja atau futur,
Semuanya pasti disoal di kubur.
Tajuk kali ini agak aneh,bukan?
Bukan pada saya,of kos.
Pernah mendalami sukan Golf?
Atau orang kebanyakan mengatakannya sebagai "permainan orang kaya"?
Hakikatnya sukan ini bukanlah secara total perlu diberi diskriminasi.
Tak kira taraf apa pun boleh je main. Takde masalah. Takde equipment, boleh saja pinjam. :D
Kalau tengok secara zahirnya,mungkin orang akan memandang rendah gila sukan ni.
Sesetengah mungkin mengomel "ah,bosan r", "mahal gila 100 bola,baik gi joli enjoy", "setakat pukul bola tu,ala kacang mamak pun kalah".
Heh. Kau ingat golf ni apa?!
Aku pentagon betul orang yang ingat main golf ni sesenang menghayunkan badan.
Sukan ni paling banyak menggunakan teknik.
Dan paling penting, KESABARAN dan macam2 hinggalah aku terfikir suatu metafora dari game ni. *hewhew
Sedarkah kita, permainan ini menggambarkan kehidupan kita?
Tak sedar, takpe. Meh aku nak citer.
Kalau tak paham, buat-buat paham la.
Yang pertama, nak bagi tahu. Golf ni de 2 bahagian.
Driving Range. Course 9 or 18 hole.
--------------------------------------------------------------------------------
Driving Range ni tuk beginner la.
Dulu aku belajar pun kat sini.
Kat sini belajar pasal teknik, swing, steps, and absolutely tengok ability kita.
Paling jauh bola ley pergi pun 300 m. (woaahhh,hebat gila ni. aku setakat 150+ m je~)
Ha, kat sini la salu nampak orang tercampak club golf.
Jadi jangan nak berlagak pandai sangat la. HAHA *gelak jahat.
Ibrah : Dalam kehidupan kita, mesti ada cara untuk lalui kehidupan supaya target tercapai.
Takkan kita nak bola pergi sejauh 300m tapi tenaga tuk swing
Golf course pulak,
Tempat yang paling mencabar dan mungkin orang paling excited.
Hehe, kali ini aku nak curahkan segala istilah dalam golf.
Pertama, korang nak main kat sini mesti kena ada club sendiri la selalunya.
Tak kesah la Taylors Made ke, Mizuno ke, apa brand sekalipun.
Janji lengkap semua club consist of
Wood,driver,iron [3-9],wedge,sand wedge & putter.
Ni memang kena ada la, lagi2 kalau competition. Kang pinjam orang lain, wat malu je.
Ok, pastu main golf ni rules n target dia senang je.
Just nak masukkan bola dalam lubang.
Pergh, tengok memang senang, tapi memang gila kena sabar la.
Lagi2 kalau asek masuk rough grass,
Paling rasa nak baling kayu golf masa nak kuarkan bola dari pasir.
Kadang Par 3 patutnya dapat Birdie pun susah. Sriyes mmbina jati diri yang kuat. :D
Kalau nasib ok, dapat la Birdie or Par. Kalau cam aku ni, err Bogey, Double Bogey biasa~
Kih3. *da lama tak main ni. hoho,xtw la jadi pe.
Tapi paling hebat, Hole-In -One. Takpun Eagle. Masyuk woo.
Aku pernah dapat HIO dengan Eagle tu, dalam game PS2 je r. HAHA.
Paling syok bila bola da masuk putting grass. Kat sini salu la tengok orang frustrated.
Mana tak ye, bola nak tak nak je masuk. Mula la ramai wat macam2 gaya.
Aha! Part paling aku tak suka, aku rasa semua player tak suka.
Bila bola masuk kolam/air! Pastu out of bound,ntah pergi mana hilang bola.
Haiyaa. See nampak tak bape banyak halangan??!!
Garapan : Heh, nak masukkan hanya 1 bola ke dalam lubang. Tapi tengok bagaimana rintangan yang perlu dilalui? Boleh nampak tak metafora ye sekarang? Kalau tak nampak lagi takpe. Nak terangkan le ni. Dalam kita nak sabit segala semak dalam kehidupan kita ni, mesti la wajibul ada alat sabitnya kan? Same goes kepada kita, nak capai syurga. Apa yang kita buat? Takkan nak berjalan lenggang bagai Mak Limah balik kampung sambil ditiup angin nan bayu yang menyamankan~ Tak kesah la kita ni brand billionaire,decanaire ke *erk ade ke? or orang sefakir cikai-cikai, tapi kalau kita ni beramal nak kejar redha Dia, ya Allah datuk nenek pkck mkck abg akak adik, tak mustahil Hole In One! Hao liao! Jadinya, hidup ini benar tak bohong banyak pancaroba, duri-duri yang bakal mengancam nyawa, tapi itulah dia peranan t.a.k.w.a, yang dikatakan sebagai langkah berhati-hati dalam melalui jalan yang penuh duri. Nampak tak, betapa kita boleh tengok padang golf ini sebagai gelanggang permainannya, begitulah juga dunia ini sebagai pentas realiti kita. Kerana ada fantasi yang bakal menanti di sana, cuma yang selari dengan diimpi atau kita berlari ke diimpi. Ye, memang kena lalui ujian, dugaan dan berbagai lagi untuk capai target. Tapi berbaloi bukan? Bukankah ujian itu satu nikmat, dan nikmat itu satu ujian? Maka, kembalilah kepada fitrah. Fitrah yang ingin bertuhan Tuhan Yang Maha Esa, mahu dikasihi, tapi ironinya bilangan yang melakonkan dengan baik sebagai hamba Dia di alam realiti hanya segelintir. Adakah kita tergolong? Muhasabah bersama. Oh ya! Lupa satu benda. Dalam golf ni juga ada caddy, yang tolong kita. Kita boleh umpamakan caddy ni sebagai sahabat dalam hidup ini serta orang yang tersayang. Kenapa? Sebab kalau caddy ni salah bagi tips dan salah bagi club, si player mungkin akan kecewa kerana telah ke belakang. Siapa tidak mahu berada di kedudukan teratas dalam pertandingan bukan?
So, what's life means to you?
Is it for you or Him?
Find Him, and you'll find both of eternal happiness.
Chill out. Give more. Gain less.
Don't obese yourself with sins and vice.
Repent and preach, young people!
May Allah give us the rewards One Day.
|